• Tell us about your first day at something — school, work, as a parent, etc.

    Happy. Alhamdullilah. Hope you understand. In Shaa Allah.

  • DSZH

    Dah lama aku tak menulis panjang lebar macam ni. Nak pula berkaitan politik.

    Kebetulan ada yang tulis pasal DSZH kat posting aku yang aku rasa agak berlebih2an.

    Jadi aku share apa yang aku tahu tentang DSZH,

    1.Lahir tahun 1953.

    2.Memulakan kerjaya di bank,
    -Pegawai Bank OCBC (1976-77)
    -Penolong Pengurus BSN (1977-79).

    3.Pernah menjadi,
    -Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad
    -Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd
    -Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad
    -Pengerusi Tekala Corporation Berhad
    -Pengerusi Seng Hup Berhad
    -Pengerusi Ramatex Berhad

    4.Antara tokoh awal mengemudi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). SPNB diwujudkan pada tahun 1997.

    5.Kemunculan awal dalam politik,
    -Jawatankuasa Pemuda UMNO Kg Sg Nipah Darat, Bagan Datuk (1976).
    -Ketua Pemuda UMNO Sg Nipah Darat, Bagan Datuk (1977)
    -Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian (1978)

    6.Menjadi Setiausaha DSN (1986)
    -Ketika DSN jadi Menteri Belia & Sukan.

    7.Menjadi calon & menang buat pertama kalinya dalam PRU tahun 1995 ketika berumur 42 tahun.
    -Parlimen Bagan Datok (hingga kini).

    8.Menjadi Ketua Pemuda UMNO (1996).

    9.DSZH meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda (berkaitan sokongan kepada DSAI ketika itu)
    *Kat sini menggambarkan DSZH amat menjaga persahabatan dengan memberi sokongan kepada DSAI yang baru dipecat oleh Tun M sebgai TPM.
    *Dalam masa yang sama, DSZH tidak mengikut DSAI & rakan2 lain keluar UMNO untuk bentuk parti baru.
    *Sanggup letak jawatan sebagai Ketua Pemuda, menjaga hubungan sebagai sahabat dengan DSAI, dalam masa yang sama UMNO tetap diutamakan.
    *DSZH tidak keluar mahupun tinggalkan UMNO.

    10.DSZH tidak melawan kepimpinan UMNO meskipun telah dicop sebagai budak DSAI. Ini kehebatan DSZH dalam berpolitik. Dapat membezakan sesuatu situasi.

    11.DSZH sedikit demi sedikit membina kepercayaan dari bawah semula hingga berjaya menjadi Timbalan Menteri.

    12.Selepas pilihan raya 2004,
    -DSZH menjadi Timbalan Menteri Pelancongan (2004-2006)
    -Dalam masa yang sama dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (UPM).
    -DSZH menjadi Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008)

    13.Selepas pilihan raya 2008, DSZH menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menjaga Hal Ehwal Agama Islam (2008-2009)

    14.Selepas itu DSZH telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan (2009-2013).

    15.Seterusnya pada tahun 2013 DSZH dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, KDN.

    16.Sewaktu di KDN, DSZH telah menubuhkan beberapa pasukan penting di bawah PDRM yang dilaporkan berjaya menurunkan indeks jenayah termasuk kegiatan kumpulan jenayah terancang.
    -Pasukan2 ini menjadi iaguan ngeri kepada penjenayah yang berleluasa ketika itu.
    -Malangnya, pasukan2 ini telah dibubarkan sebaik BN tumbang 2018.
    *Ini adalah ciri2 seorang pemimpin yang bagus & efisien. Sebab apa?
    *Bila dilantik sahaja memegang sebarang jawatan, DSZH tahu apa nak buat.
    *Contoh di KDN ini.
    *Bukan itu sahaha, MARA & KEMAS berada di bawah Kementerian DSZH pegang, tengok apa pembaharuan yang dibuat.
    -Tahfiz buat julung2 kali diadakan ketika anak2 berada di Tadika KEMAS lagi.
    -MARA? Jangan cerita lah. Sana sini sekarang nama MARA semakin mekar & harum.
    -DSZH bagi amanah & tanggungjawab tepat kepada orangnya iaitu DAWD.

    17.Kemuncak kerjaya politik DSZH adalah pada tahun 2015 apabila dilantik sebagai TPM menggantikan TSMY.

    18.Seterusnya menjadi Presiden UMNO menggantikan DSN pada tahun 2018, hingga kini.

    19.DSZH sekali lagi dilantik sebagai TPM dalam Kerajaan Perpaduan pada tahun 2022 meskipun ketika itu BN hanya menang 30 kerusi.

    20.Berdasarkan pengalaman2 DSZH bermula dari bawah dalam politik hingga kini menjadi Presiden UMNO & TPM.

    Tidak memijak siapa2 untuk naik ke atas.

    Pernah jadi Setiausaha DSN, menguatkan lagi jika ada siapa2 yang cuba nak laga2kan antara DSN & DSZH boleh berfikir banyak kali.

    Juga punyai latar belakang korporat sejak dari permulaan kerjaya.

    Berpengalaman dalam pelbagai kementerian. Termasuk pernah menjaga Hal Ehwal Agama Islam.

    Bila diberikan amanah & tanggungjawab, seolah sudah bersedia menerimamya.

    Punyai idea & kerja laju serta padu yang sangat memberi impak seperti berada di KDN.

    Ketika TSMY dipecat, DSZH diberi kepercayaan oleh DSN sebagai TPM.

    Selepas DSN letak jawatan, berlaku pemilihan kepimpinan baru.

    Buat julung kalinya jawatan Presiden dipertandingkan. DSZH vs KJ vs KuLi. DSZH sahut cabaran berdebat. Akhirnya DSZH menang bergaya untuk jawatan Presiden UMNO.

    Dalam masa yang sama perbaiki hubungan dengan KuLi serta KJ. Kat sini menampakkan DSZH berjiwa besar.

    Ketika ambil alih jawatan Presiden UMNO dari DSN. Tun M telah memanggil DSZH & mencadangkan supaya UMNO dibubarkan !

    Dengan kebijaksanaan DSZH, mungkin merujuk pengalamannya ketika berhadapan dengan Tun M yang memintanya letak jawatan (Isu sokongan kepada DSAI, 1998).

    DSZH berjaya menidakkan arahan atau cadangan Tun M untuk bubarkan UMNO.

    Macam mana caranya??

    Bila difikirkan semula, letakkan diri anda sebagai DSZH yang pegang jawatan Presiden UMNO ketika itu takde apa2 jawatan dalam kerajaan.

    Menjadi pembangkang buat pertama kalinya pula.

    Berhadapan dengan seorang figura bernama Tun M yang kita tahu akan ketegasan & taknak mengalah dalam banyak hal.

    Tun M ketika itu pula sebgai PM kali ke-2 yang boleh dikatakan punyai kuasa ‘besar’ untuk kenakan sesiapa atau mengikut kehendaknya jika ada yang tak kena dengan seleranya.

    DSN salah satu bukti depan mata. Kes2 yang dikenakan lebih kepada mengarut atau tak masuk akal.

    Bermula 2018 berapa banyak kes DSN kena hadap. Hingga kini 2025 masih ada yang tak selesai.

    DSZH pula, secara ‘kebetulan’ selepas Tun M tahu DSZH tak jadi bubarkan UMNO seperti arahan & cadangannya.

    Tiba2 muncul 87 kes, yang kesemunya berkaitan dengan Yayasan milik DSZH sendiri.

    Menjadi kemusykilan, DSZH dah pegang berapa banyak kementerian selama aktif berpolitik, takkan takde satu pun di mana2 kementerian DSZH boleh dikaitkan dengan sebarang salah laku?

    Maksudnya, baik & bersih sangat DSZH ini. Hinggakan terpaksa cari juga tempat lain yang akhirnya Yayasan Akal Budi milik DSZH pula jadi sasaran.

    Ibarat, ok lah daripada takde, asalkan ada.

    Itu sebab daripada awal aku ada tulis benda ni. DSZH dikenakan 87 kes yang kesemuanya berkaitan Yayasan sendiri. What’s??

    Bila tiba2 kesemua kes ini dibuang masing2 tah* politik ini marah bukan kepalang.

    Perli & amarahnya, setiap kali ada cerita DSZH, akan dikaitkan dengan 87 kes.

    Pada hal masing2 pun hanya ikut2 sahaja tanpa fikir isu ini dengan lebih mendalam & cari fakta lebih jelas.

    Ini antara point yang nak jawab kepada yang komen2 dalam posting aku baru2 ini.

    Masih lagi memerli DSZH dengan kesnya & cuba menjatuhkan kredibiliti sebgai TPM & Presiden UMNO.

    Jika tanya aku siapa PM selain dari DSN dari UMNO, tanpa ragu2 aku akan jawab DSZH.

    Bukan sebab semata2 DSZH adalah Presiden UMNO.

    Bermula dari bawah, banyak pengalaman dari pelbagai sektor, laju buat kerja & tahu apa nak buat.

    Tapi itulah, korang lebih suka pilih yang kononnya ada nama, banyak cakap. nampak macam bagus.

    Tanpa melihat gerak kerja & hasilnya. Masih taknak belajar lagi dengan apa yang berlaku.

    Korang bukalah mata luas2.

    Pandang & teliti satu persatu ke setiap kementerian.

    Menteri dari mana yang lebih perform & meyakinkan?

    Bukankah majoritinya dari UMNO BN? Persoalannya kenapa?

    Sebabnya pengalaman!

    Ye pengalaman mereka ini bukan terus dikira ketika hanya pegang jawatan menteri.

    UMNO BN ini punyai struktur organisasi yang tersusun & kemas.

    Bermula dari ahli biasa, naik ke AJK, seterusnya aktif dalam wanita, pemuda & puteri, naik pula ke MT dan seterusnya Naib, Timbalan & Presiden.

    Mula2 dilantik jadi Timbalan Menteri. Lepas baru lah jadi Menteri penuh. Kan cantik tu.

    Tengok lah macam mana DSZH ini naik, bermula dari bawah seperti yang aku tulis kat atas. Bukan terus hari Presiden atau TPM.

    Itu sebab tanyalah korang punya kawan2 yang ada kaitan terus dengan mana2 kementerian.

    Pasti dieorang akan jawab menteri2 dari UMNO BN laju buat kerja & tersusun. Lagi meyakinkan.

    Mula2 dulu, ada dengar DSZH diberi tanggungjawab untuk masuk ke 2 3 kementerian untuk pantau atau bagi pandangan berdasarkan pengalamannya sebagai TPM & pernah menjaga banyak kementerian.

    Itulah sisi DSZH yang ramai tak tahu.

    Yang korang tahu, komen UMDAP UMDAP.

    Gelar macam2 kat DSZH.

    Lepas tu tak habis2 suruh DSZH turun dari Presiden.

    Seingat aku, PKR dulu pernah tinggal 1 kerusi Parlimen.

    PAS DAP pun pernah tinggal beberapa kerusi Parlimen sahaja.

    Tak sampai 30 kerusi Parlimen mereka pernah menang sebelum ini.

    Tapi tak pernah pula aku nampak mana2 pemimpin atau ahli mahupun penyokong mereka minta Presiden turun.

    Berlainan pula dengan UMNO.  Kenapa erkkk?

    Isu Addendum, bukan ke DSZH orang pertama yang isukan?

    Dan..

    Benda yang paling korang kena fikir dalam2, KALAULAH DSZH PENTINGKAN DIRI & BUBARKAN UMNO KETIKA TUN M ARAHKAN. APA AKAN JADI??

    Pertamanya, 87 KES DSZH CONFIRM TAKDE! BILA TAKDE, MAKA BERSIHLAH DSZH. JADI TAK DAPAT LAH KORANG MAINKAN ISU 87 KES INI. JADI NAK MAINKAN ISU APA PULA??

    Ke-2, confirm lah dah TAKDE UMNO dah sekarang! Faham ke tak ni??

    Ke-3, bila UMNO DAH TAKDE, KORANG TAKKAN MAINKAN ISU UMDAP UMDAP NI! JADI NAK MAINKAN ISU APA PULAK? PASDAP? PANDAP? BERSEDAP??

    Faham ke tak ni??!

Design a site like this with WordPress.com
Get started